PENGENALAN
Loji gas asli cecair yang pertama telah dibina pada bulan Jauari 1940 oleh Hope Natural Gas Company di Amerika Syarikat . Loji tersebut berupaya mencecairkan sebanyak 300,000 kaki padu sehari dan menyimpan sebanyak lebih dari 1 juta kaki padu gas. Hantaran pertama gas asli cecair di antara benua bermula tahun 1964 dengan perdagangan di antara Algeria dan England. Sejak bermulanya perdagangan gas asli cecair dunia tahun 1964, industri gas asli cecair telah berkembang dengan cepat sama ada dari segi jumlah projek yang dikendalikan mahupun dari segi saiz setiap projek. Malaysia turut mempunyai loji proses gas asli di Bintulu yang bernama Malaysia LNG Sdn Bhd
Fenomena dunia
Gas Asli Cecair telah menjadi bertambah penting sebagai punca tenaga di tiga kawasan industri di dunia iaitu Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun. Peningkatan ini berkaitan dengan pencemaran udara, pemeliharaan alam sekitar dan bahantahan terhadap pembakaran gas dengan jumlah yang banyak dari operasi minyak mentah.
Gas asli
Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum. Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon terutamamnya gas Metana.
Gas Asli Cecair
Gas Asli Cecair atau LNG sebahagian besarnya mengandungi Metana dan lain-lain hidrokarbon seperti etana, propana dan butana. Apabila metana disejukkan ke paras suhu -161'C ia bertukar dari bentuk gas menjadi cecair. Melalui proses ini gas asli yang telah bertukar dalam bentuk cecair dikurangkan menjadi 1/600 dari jumlah isipadu gas asli di dalam bentuk gas. Oleh itu , ia boleh dibawa dengan tangki-tangki khas dengan jumlah yang banyak ke tempat-tempat yang memerlukannya. Apabila dicair dan disejukkan , gas asli cecair dapat disimpan pada kadar tekanan udara. Oleh itu , ia boleh dijadikan simpanan gas yang berguna dan boleh dikeluarkan apabila permintaaan barangan tersebut melebihi kadar biasa.
DEFINISI NGV
NGV adalah singkatan daripada kata penuh “Natural Gas for Vehicle” atau di dalam Bahasa Melayu membawa maksud kenderaan yang menggunakan gas asli. NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi negara dan individu di dalam proses alternatif penjimatan daripada pergantungan terhadap petrol semata-mata tanpa meminggirkan kualiti ngv yang diguna pakai.NGV terdiri dari 96%-98% Methana (CH4)
Gas ngv tidak sama dengan gas yang kita gunakan untuk memasak
atau LPG.
KEGUNAAN NGV DALAM KEHIDUPAN
• Pengekalan Penjimatan berbanding petrol (70%)
• Kos operasi yang rendah
• Tidak mencemar alam sekitar
• Kenderaan boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh
Kegunaan utama gas asli ialah :
1. Penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik.
2. Bahan bakar kenderaan (NGV)
3. Gas memasak di dapur
4. Alat pemanasan di rumah
5. Penghasilan baja
6. Inndustri petrokimia
Gas asli cecair biasanya digunakan di bandar-bandar tetapi kini disebarluas ke kawasan pedalaman . Tong gas dan dapur gas diberi secara percuma di kebanyakan kawasan di Sabah semasa pilihan raya. Kebanyakan gas asli cecair yang dikeluarkan di dunia hari ini digunakan sebagai bahan api industri kerana ciri-cirinya yang bebas dari pencemaran dan nilai kalori yang tinggi. Dibandingkan dengan petroleum, gas asli tidak menghasilkan banyak pencemaran. Namun faktor utama ia tidak digunakan lebih meluas ialah kesukaran penghantaran dan penyimpanan. Ini adalah kerana gas asli amat mudah terbakar/meletup.
KANDUNGAN BAHAN YANG TERDAPAT DALAM NGV
Gas Asli Cecair atau LNG sebahagian besarnya mengandungi Metana dan lain-lain hidrokarbon seperti etana, propana dan butana.
Apabila metana disejukkan ke paras suhu -161'C ia bertukar dari bentuk gas menjadi cecair. Melalui proses ini gas asli yang telah bertukar dalam bentuk cecair dikurangkan menjadi 1/600 dari jumlah isipadu gas asli di dalam bentuk gas. Oleh itu , ia boleh dibawa dengan tangki-tangki khas dengan jumlah yang banyak ke tempat-tempat yang memerlukannya. Apabila dicair dan disejukkan , gas asli cecair dapat disimpan pada kadar tekanan udara. Oleh itu , ia boleh dijadikan simpanan gas yang berguna dan boleh dikeluarkan apabila permintaaan barangan tersebut melebihi kadar biasa.
PROSES PENGHASILAN NGV
Gas asli terpaksa melalui berbagai proses sebelum gas asli cecair diperolehi.
Gas daripada pelantar luar pantai akan disalurkan melalui paip bawah laut ke Stesen Pengambilan Gas di mana jumlah gas akan diukur. Lembapan dan lain-lain bahan yang tidak dingini yang berada di dalam gas dikeluarkan.
Dari sini gas tersebut disalurkan kepada Unit Pengasingan Gas Asid di mana karbon dioksida dan hidrogen sulfida dalam gas tersebut dukeluarkan untuk mengelakkan dari berlaku pembekuan dan tersumbat di dalam Unit Pencairan.
Gas tersebut kemudian disalurkan ke Unit Pengeringan di mana wap dikeluarkan lagi. Selepas itu gas tersebut akan dihantar ke Unit Pemecahan di mana ia akan dipecahkan kepada berbagai komponen. Lain-lain komponen seperti etana dan propana dikeluarkan untuk dijadikan bahan penyejuk , sementara benzene paraffin dikeluarkan untuk mengelakkan pembekuan dan tersumbat semasa proses pencairan.
Gas yang selebihnya dihantar ke Unit Pencairan di mana ia dicarikan dengan menyejukkan suhu ke paras -161'C dengan menggunakan alat penyejuk.
Penukaran kepada gas asli cecair.
Proses penukaran gas asli kepada gas asli cecair ini bermula di stesen pengambilan gas yang sama . Proses ini melibatkan proses pengeluaran bahan-bahan yang tidak diperlukan dari gas isian loji, mengekalkan tekanan aliran gas ke loji dan mengukur pengambilan gas ke loji.
1. Unit pengasing gas asid untuk mengeluarkan sebatian karbon dioksida dan sulfur dari gas yang akan dicairkan. Ini adalah perlu untuk menghalang pembekuan karbon dioksida di dalam bahagian pencecairan di samping mengelakkan kakisan peralatan dan pencemaran barangan.
2. Unit pengeringan untuk mengeluarkan air dari dalam gas , dengan itu dapat mengelakkan masalah pembekuan di bahagian pencecairan.
3. Unit pencecairan dan unit pemecahan.
apabila gas asli cecair tiba ditempatnya, ia dimasukkan ke dalam tangki simpanan yang ditebat. Sebelum ia dapat digunakan ia mestilah dipanaskan menjadi gas semula. Gas tersebut kemudian disalurkan melalui paip kepada pengguna.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN NGV
KEBAIKAN.
Pengekalan Penjimatan berbanding petrol (70%)
Kos operasi yang rendah
Tidak mencemar alam sekitar
Kenderaan boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh
RM 1 petrol = 10 kilometer tapi RM1 ngv = 20 kilometer
Jimat duit minyak.
Jimat masa (takperlu berhenti sejauh 200 kilo)
Tiada Pencemaran (Green Fuel)
Potongan Harga cukai jalan
Insentif dari kerajaan dengan pengurangan cukai jalan sebanyak 25%
Jangkamasa enjin kenderaan yang tahan lebih lama
Meningkatkan tahap ekonomi pengguna
Harga pasaran gas asli yang stabil
Mesra alam
Kebaikan NGV ialah menjimatkan kos bahan api untuk satu tempoh perjalanan.Jika anda mengisi petrol sebanyak RM50,ia bolah bertahan sehingga 350-500km(town drive,tengok pada kereta dan driver),jika NGV satu tong pula harganya dalam RM8-RM10 boleh bertahan sehingga 80-150km(kalau pressure di stesyen minyak tinggi boleh dapat lebih km lagi) Jadi semestinya NGV lebih menjimatkan.
Untuk rekod semasa NGV mencatatkan harga penggunaan pada RM8 untuk jarak perjalanan sejauh 160km, jika dibandingkan dengan petrol mencatatkan pada harga sekitar RM30-RM40 untuk jarak yang sama. NGV juga dikecualikan daripada duti import dan cukai jualan . Yang paling menariknya bagi NGV ini adalah pengurangan cukai jalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut:
• Kenderaan Monogas (NGV sahaja) - potongan 50%
• Kenderaan Bi-fuel (Petrol & NGV) - potongan 25%
• Kenderaan Dual-fuel (Diesel & NGV) - potongan 25%
KEBURUKAN.
Tiada agen pelinciran (gas tidak dapt memberi pelinciran kepada piston)
Kos besar untuk pemasangan dan penyelenggaraan.
Tiada kuasa untuk kenderaan Duel fuel Petrol&gas.
Keburukan NGV ini pula ialah,di Malaysia stesyen NGV ini belum cukup lagi untuk menampung jumlah pelanggan.Lihat sahaja di mana-mana stesyen Petronas yang ada tempat mengisi gas,pasti pelanggannya kena beratur panjang, itupun kebanyakannya teksi.Belum campur kenderaan persendirian lagi. Itupun tertumpu di area KL saja,Ipoh,Penang,JB mungkin ada tapi tak banyak..
MASALAH-MASALAH PENGGUNAAN NGV
ASPEK KESELAMATAN
Aspek keselamatan pula agak berisiko tinggi.Seperti membawa sebutir bom didalam kenderaan anda,bila-bila boleh meletup.Perlu diingatkan,gas kita tak nampak,ada bau sikit sahaja,sedikit percikan sudah memadai untuk menyalakannya.Jika hendak dipasang dikenderaan persendirian eloklah ditingkatka lagi ciri-ciri keselamatannya.Apa yang saya lihat tiada ciri-ciri keselamatan dalam sistem NGV ini,sepatutnya jurutera NGV mencipta satu ciri keselamatan bagi sistem ini.Walaupun jarang-jarang kita mendengar kes meletup berlaku di Malaysia,setidak-tidaknya langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi memastikan tahap keselamatan manusia terjamin.
Walaubagaimanapun, sudah tentulah antara perkara yang harus dipersoalkan adalah berkenaan ciri-ciri keselamatan. Di sini para pemilik dan bakal pemilik kenderaan yang berasaskan NGV ini tidak perlu risau berkenaan soal keselamatan dimana bagi melihat rekod yang dilaporkan kini NGV adalah sejenis bahan api yang lebih selamat berbandingkan dengan minyak petrol atau bahan api alternatif yang lain pada hari ini. Ini disebabkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada NGV (dan masih meningkat) dari segi teknologi automotif, tahap keselamatan yang tinggi serta NGV ini ditempatkan di dalam sistem fizikal enjin tersendiri dan pemangkin kepada keselamatan penggunaannya jika dibandingkan dengan bahan api yang berasaskan petroleum yang lain.
tangki ngv
PANDANGAN TENTANG NGV
Sejak kenaikan harga minyak ini, berbagai cara dan ikhtiar dilakukan oleh masyarakat. Antara langkah yang diambil adalah dengan memasang sistem NGV di kenderaan. Gas NGV adalah 4 kali ganda lebih murah dari harga petrol. Jika petrol seliter adalah RM2.70, gas NGV pula hanya RM0.68 seliter.
Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10, dan kenderaan anda boleh bergerak sejauh 180 - 200km sebelum kehabisan gas. Jika anda menggunakan petrol, berapa “RM” kah yang perlu anda keluarkan untuk kenderaan anda bergerak sejauh 180-200km?
Setelah membuat pengujian dan pengukuran, saya mendapati, kita perlu mengisi petrol sebanyak RM50 untuk bergerak sejauh 200km. Bagaimana cara pengukuran dilakukan?isi minyak RM50, sebelum hidupkan kereta, tekan butang reset km di kereta anda. Kemudian, tengoklah bacaan meter, berapa jauh jaraknya sebelum kereta anda kehabisan minyak. Lakukan 2-3 kali.. kemudian dapatkan ukuran purata.
Disebabkan kereta kita memerlukan RM50 untuk menyuruhnya bergerak sejauh 200km, ini bermakna, bagi setiap kilometer, kita terpaksa membayar kereta sebanyak.. RM50 / 200km = RM0.25 perkm
Pemasangan sistem NGV, lebih jimat, namun begitu, untuk memasang NGV di kenderaan, kosnya adalah dalam lingkungan RM3,000 (bergantung kepada jenis sistem NGV). Oleh itu, satu perkiraan ROI (Return of Investment) perlu dilakukan. Iaitu, kita perlu tahu, jika kita memasang NGV, bilakah “waktu” yang sebenar-sebenarnya kita akan merasakan “nikmat” penjimatan itu?
Untuk pemasangan NGV, kosnya RM3,000. Jika kita tidak memasang NGV dan memperuntukkan RM3,000 tersebut untuk digunakan membeli petrol, berapa kilometer kah kenderaan boleh bergerak?
RM0.25=1km
RM3,000 = RM3000 / RM0.25 = 12,000km
Ya, jika gunakan RM3,000 tersebut, kenderaan boleh bergerak sejauh 12,000km dengan menggunakan petrol. Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kereta saya bergerak sejauh 12,000 km?
Sekarang, mari kita buat anggaran. saya akan servis kereta setiap 5,000km sekali, untuk mencapai 5,000km itu pula, biasanya, ia akan mengambil masa 3 bulan. Jadi, secara kasarnya. pegerakan sejauh 12,000 km itu, memerlukan masa selama 6-7 bulan. Ini bermakna, jika saya memasang sistem NGV di kenderaan saya, saya sebenarnya hanya akan merasa nikmat penjimatan tersebut, hanya selepas 7 bulan.
NGV ini amat sesuai bagi mereka yang berjalan jauh setiap hari. Contohnya seperti, orang-orang yang kerja di KL, tapi tinggal di serembam.. setiap hari bergerak sejauh 200km (pergi balik). 2 bulan sudah jejak 12,000 km. Maka, sesuai rasanya nak pasang NGV.
ALTERNATIF LAIN BAGI NGV
Kini, mungkin mempunyai pilihan untuk menangani masalah ini kerana sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera telah berjaya mencipta satu alat yang dapat menjimatkan penggunaan petrol antara 29 peratus dan 50 peratus dengan harga yang lebih murah dan saiz yang lebih kecil dari NGV.
Alat yang dipanggil Hydrofuel ini dicipta menggunakan teknologi baru hasil penyelidikan yang dijalankan sejak enam tahun lalu. Proses pembakaran bahan api kenderaan kini boleh dilakukan melalui campuran minyak petrol dan gas hidrogen yang dihasilkan daripada air paip.
Mungkin agak pelik tetapi ini bermakna selepas ini pengguna tidak perlu lagi menunggu harga minyak diturunkan sebaliknya anda sendiri boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta sehingga kembali ke paras asal iaitu RM1.92 seliter atau lebih dengan menggunakan Hydrofuel.
Hydrofuel dicipta oleh seorang saintis tempatan, Dr. Halim Ali yang pernah berkhidmat sebagai ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat (AS). Beliau yang juga presiden Syarikat Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn. Bhd. menghasilkan inovasi tersebut di kilangnya di Bandar Sungai Emas, Banting, Selangor.
Beliau membelanjakan hampir RM17 juta untuk membangunkan produk yang dijamin bermutu, ringan, kecil, mudah guna serta mesra alam dan sedia memasuki pasaran dalam tempoh terdekat.
Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai sebahagian daripada bahan bakar di mana air akan dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama dengan petrol semasa melalui injektor kereta. Beliau berkata, ia didatangkan dengan pakej sebuah tong air yang mempunyai kapasiti lima liter, satu set canister, satu set komputer (ECU), kabel penyambung, pengikat, manual pemasangan, kad jaminan dan pelekat kereta Hydrofuel. ‘‘Set canister di bahagian enjin kereta, tong air pula diletakkan di bonet dan ECU pula dipasang pada papan pemuka kereta.
Penggunaannya amat mudah terutama untuk wanita kerana sebaik sahaja dipasang, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan air di dalam tong lima liter tidak kering dengan hanya melihat pada ECU.ECU itu juga berfungsi untuk memberitahu Hydrofuel perlu disenggara. Hydrofuel boleh digunakan oleh semua kereta berkapasiti enjin 2,000cc ke bawah yang menggunakan petrol atau NGV. Bagi kenderaan diesel, katanya, pihaknya sedang menjalankan ujian sebelum ia boleh digunakan. Jelas pemasangannya tidak akan membatalkan jaminan ke atas kereta malah ia berupaya menjadikan prestasi enjin kereta lebih stabil dan lancar.
Hydrofuel didatangkan dalam dua jenis iaitu Hydrofuel Basic yang dapat menjimatkan petrol sehingga 29 peratus dengan harga RM1,300 dan Hydrogen Advance (RM2,300) yang akan menjimatkan 50 peratus minyak. Kedua-dua peralatan ini diberi dua tahun jaminan atau 50,000 kilometer yang mana dahulu, premium insurans, selain jaminan wang dikembalikan jika tidak dapat memberi penjimatan seperti yang diberitahu dalam tempoh sebulan.
Alat itu sesuai digunakan oleh semua pemilik kereta 2,000cc ke bawah termasuk teksi. Bagi meluaskan pasaran kata beliau, pihaknya kini sedang dalam proses melantik wakil jualan yang akan menjalani latihan khas mengenai kelebihan dan cara-cara memasang system Hydrofuel.
Selain Hydrofuel, syarikat itu juga telah menghasilkan satu lagi produk iaitu My Smart Fuel Saver yang boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan sehingga 18 peratus yang akan dipasarkan dengan harga promosi RM399 dalam tempoh terhad sebelum dijual dengan harga sebenar RM499.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Nice blog.Plz add a translator.
enjin x power
nak power petrol pun tak cukup lg bro.... ko pakai minyek jet baru betul2 power... ini kisah nak jimatkan kos minyak bukan tentang nak masuk perlumbaan... ada paham???
Dimana nak pasang hydrofuel ni.. Tlg bagi alamat dan contact no
Ada berapa jenis-jenis sistem ngv untuk kereta naza citra?
Dan jenis mana yg sesuai dan kurang masalah?
Terima kasih
Post a Comment